Tuesday, June 10, 2008

Cara menjahit comforter


1- Sekeping kain untuk bahagian belakang. Lekatkan selotip untuk memudahkan kerja dan tepat.

2- Lapikkan fiber diatasnya. Potong fiber berukuran sama dengan kain belakang. Pastikan bahagian betul dibawah.

3- Spraykan fiber tersebut mengunakan fabric gum seperti diatas.

4- Lapik dengan kain lagi dimana bahagian betul diatas. Lurutkan agar tiada kedut-kedut. Kemudian pinkan setiap bahagian agar kain tidak lari semasa menjahit nanti.

5- Anda boleh jahit bahagian atas mengikut kesukaan masing-masing. Samaada jahit petak2 mahupun segitiga. Saya buat jahitan 'crazy quilting'.

6- Potong lebihan agar semua bahagian sama.

7- Potong kain untuk dibuat binding. Saiz lebar 2". Mungkin anda boleh pilih untuk lebarkan lagi. Sambungkan kain tersebut seperti rajah.

8- Jahit ikut 45 darjah seperti diatas.

9- Kemudian potong tinggalkan basi 1/4". Ada pelbagai cara membuat sambungan. Saya pilih begini kerana lebih cepat dan jimat kain.

10- Beginilah rupa sambungan tadi depan dan belakang.

11- Lipat dua kain binding tadi kemudian mulakan seperti rajah untuk mulakan sambungan pada comforter tersebut.

12- Pada bucu kain lakukan seperti rajah untuk menyambungkan jahitan.

(rupa sambungan di bahagian depannya)

13- Lebihkan kain pada penghujung jahitan tadi untuk menamatkan sambungan.

14- Sekarang bahagian terakhir iaitu jahit sembat sembunyi dibahagian belakang. Saya menggunkan benang khas quilt ini kerana lebih kuat.

15- Beginilah sambungan binding tadi. Makan masa sikit sebab jahit tangan kan...pastikan jahit sembat anda tu kecil2 supaya lebih cantik dan kemas.


Tak faham? Jangan malu-malu untuk bertanya......so apa lagi buat lah satu untuk yang tersayang!

17 comments:

Aku_tulip said...
This comment has been removed by the author.
Aku_tulip said...

mimi cantik la...bole akak cuba buat...

Aku dan Sulaman said...

info yang sangat berguna.. tq.. sila ke blog sha..
www.sulammenyulam.blogspot.com

amy said...

boleh beritau mana nak beli fibre comforter tu? berapa harganya? afisya_08@yahoo.com

MamiKechik said...

klu nak buat selimut nak tau kain yang dalam tu kita nak beli kat mana dan selulunya menggunakan jenis apa.. (isi selimut/conforter)
didyrose.blogspot.com
didyrose@ymail.com

Unknown said...

salam, boleh thu x , kat mana nk dpt kn fiber, sbb sy pg beberapa kedai jahitan biasa, fiber yg di jual agak tebal, or memg itu yg di guna kan??

IBU NADIA said...

nk beli fibre comforter ni kat mana yer? email saya
ruby_am05@yahoo.com

Fareeda Shoppe 2u said...

di mana nak cari fiber tu?? berapa harganya.. email saya plss.. fidah2004@gmail.com. tqvm!

SueShaem said...

salam...nak tanya skit.. kalo jahit comforter ni tapak mesin jahit tu guna yag biase boleh ye?

Unknown said...

salam,sy dh tgok berapa kali dah cara jahit yg binding tepi tu,tp tak faham la..tapi nak cerita tak reti part mana tak faham tu...mula2 jahit dekat bahgain lapik atas ka depan?bila dah jahit tu,jalih ke bahgain sebelah lagi,jahit skali lagi ka??

Unknown said...

Menarik eknik yang diajar...boleh cuba buat nih..

Jom singgah

www.sihatnatural.blogspot.com

Unknown said...

salam semua..saja nak share..kalau sapa2 yang tinggal berdekatan dengan the mines,boleh la ke kedai spotlight.kedai tu ada la juai kelengkapan utk bt quilt2 ni.hehehe....saja share....

Unknown said...

terima kasih atas ilmunya.Saya sekeluarga ambil yg haq sahaja,lain2 tiada.Dulu kini dan selamanya.

kak eila said...

salam perkenalan dari kak eila..tengah usha2 jahiatn quilt ni..boleh simpan ilmu jahitan ni...jemput dtg blog.
http://byummufayyadh.blogspot.my/

EZZA Aniza said...

Salam. Beli barang2 quilt dekat mana? Benang tu beli di mana?

EZZA Aniza said...

Salam. Beli barang2 quilt dekat mana? Benang tu beli di mana?

Unknown said...

Bli kt online..