1- Sediakan template seperti diatas. Saiz diatas ialah 2" tidak termasuk basi.
2- Sediakan 2 jenis kain kemudian tekap template pada kain2 tersebut.
3- Potong kain 2 keping setiap corak.
4- Cantumkan 2 kain berlainan corak. Pinkan supaya kain tidak beralih.
5- Jahit ikut garisan basi yang telah dilukis tadi.
6- Sekarang cantumkan pula kedua2 kain yg dijahit tadi. Jangan lupa pinkan untuk mendapat garisan yang tepat, Lakukan dengan berhati2.
7- Dah siap cantum pun. Anda boleh cantum blok seperti ini untuk buat apa saja contohnya pelapik cawan ni.
** saya meggunakan kain murah so perhatikan kain tersebut berserat dan tak cantik. anda digalakkan menggunakan 100% cotton kain untuk hasilan yg lebih cantik dan bermutu.
Sunday, June 22, 2008
Tuesday, June 10, 2008
Cara menjahit comforter
1- Sekeping kain untuk bahagian belakang. Lekatkan selotip untuk memudahkan kerja dan tepat.
2- Lapikkan fiber diatasnya. Potong fiber berukuran sama dengan kain belakang. Pastikan bahagian betul dibawah.
3- Spraykan fiber tersebut mengunakan fabric gum seperti diatas.
4- Lapik dengan kain lagi dimana bahagian betul diatas. Lurutkan agar tiada kedut-kedut. Kemudian pinkan setiap bahagian agar kain tidak lari semasa menjahit nanti.
5- Anda boleh jahit bahagian atas mengikut kesukaan masing-masing. Samaada jahit petak2 mahupun segitiga. Saya buat jahitan 'crazy quilting'.
6- Potong lebihan agar semua bahagian sama.
7- Potong kain untuk dibuat binding. Saiz lebar 2". Mungkin anda boleh pilih untuk lebarkan lagi. Sambungkan kain tersebut seperti rajah.
8- Jahit ikut 45 darjah seperti diatas.
9- Kemudian potong tinggalkan basi 1/4". Ada pelbagai cara membuat sambungan. Saya pilih begini kerana lebih cepat dan jimat kain.
10- Beginilah rupa sambungan tadi depan dan belakang.
11- Lipat dua kain binding tadi kemudian mulakan seperti rajah untuk mulakan sambungan pada comforter tersebut.
12- Pada bucu kain lakukan seperti rajah untuk menyambungkan jahitan.
(rupa sambungan di bahagian depannya)
13- Lebihkan kain pada penghujung jahitan tadi untuk menamatkan sambungan.
14- Sekarang bahagian terakhir iaitu jahit sembat sembunyi dibahagian belakang. Saya menggunkan benang khas quilt ini kerana lebih kuat.
15- Beginilah sambungan binding tadi. Makan masa sikit sebab jahit tangan kan...pastikan jahit sembat anda tu kecil2 supaya lebih cantik dan kemas.
Tak faham? Jangan malu-malu untuk bertanya......so apa lagi buat lah satu untuk yang tersayang!
Saturday, June 7, 2008
Square Block 1
1- Potong sekeping kain corak - saiz 4 1/2"
2- Potong 4 keping kain kosong - saiz 4 1/2"
3- Potong sekeping kain corak dan sekeping kain kosong - saiz 2 1/2"
4- Jahit kain tersebut seperti rajah diatas.
5- Kemudian kain tadi dipotong dengan saiz 2 1/2" sebanyak 8 keping.
6- Lapik 2 kain tersebut kemudian pinkan supaya jahitan tidak lari.
7- Begini setelah dijahit. Jahit kesemua kain tersebut menjadi 4 blok seperti diatas.
8- Begini layout yang kita kehendaki.
9- Jahit ikut barisan dahulu.
10 - Dah siap....mudahkan!
2- Potong 4 keping kain kosong - saiz 4 1/2"
3- Potong sekeping kain corak dan sekeping kain kosong - saiz 2 1/2"
4- Jahit kain tersebut seperti rajah diatas.
5- Kemudian kain tadi dipotong dengan saiz 2 1/2" sebanyak 8 keping.
6- Lapik 2 kain tersebut kemudian pinkan supaya jahitan tidak lari.
7- Begini setelah dijahit. Jahit kesemua kain tersebut menjadi 4 blok seperti diatas.
8- Begini layout yang kita kehendaki.
9- Jahit ikut barisan dahulu.
10 - Dah siap....mudahkan!
Star block 1
1- Potong sekeping kain kosong square - saiz 7 1/4". Kemudian dibahagikan empat menjadi segitiga seperti rajah diatas.
2- Potong sekeping kain kosong square - saiz 6 1/2".
3- Potong 4 keping kain kosong square - saiz 3 1/2".
4- Potong 2 keping kain setiap corak - saiz 4 1/4"
5- Kain- kain corak tadi dipotong sama menjadi segitiga seperti rajah diatas.
6- Susun kain-kain tersebut seperti rajah diatas.
7- Pin kan dahulu setiap kain sebelum dijahit agar jahitan tidak lari.
8- Cantumkan dahulu ikut barisan.
9- Akhir sekali baru cantum kesemuanya...cantikkan corak ni!
2- Potong sekeping kain kosong square - saiz 6 1/2".
3- Potong 4 keping kain kosong square - saiz 3 1/2".
4- Potong 2 keping kain setiap corak - saiz 4 1/4"
5- Kain- kain corak tadi dipotong sama menjadi segitiga seperti rajah diatas.
6- Susun kain-kain tersebut seperti rajah diatas.
7- Pin kan dahulu setiap kain sebelum dijahit agar jahitan tidak lari.
8- Cantumkan dahulu ikut barisan.
9- Akhir sekali baru cantum kesemuanya...cantikkan corak ni!
Saturday, May 31, 2008
Headband Big Flower with NOTA
Headband terkini dan moden. Cute dipakai oleh anak-anak...mak-mak pn comel gak..hehheh...boleh dijadikan sebagai hadiah harijadi anak2 @ anak buah @ anak kawan ke..
Dibuat dari fabrik bermutu tinggi. Dijamin tahan lama dan tidak mudah tercabut apabila dipakai.
Model ni satu-satunya anak dara saya...sbb dia susah nk pakai cekak rambut saya cari altenatif ni khas utk dia.
Cara menjahit bunga :-
1- Kain dilipat 2 kemudian tandakan bentuk bunga pilihan.
2- Jahit kemudian gunting.
3- Terbalikkan bunga tadi.
4- Susun 5 kelompak seperti diatas. Sediakan 1 butang bungkus untuk tompok ditengah.
5- Cantum kelima-lima kelompak. Jahit keliling sehingga bunga betul2 kemas tercantum.
6- Kemudian jahit sembunyi butang bungkus tadi ditengah-tengah bunga. Matikan Jahitan dibelakang dengan jahit keliling lagi untuk mengemaskan lagi.
7- Taraa...dah siap...so bleh lah jahit di headband @ dibuat brooch @ dimana saja anda suka...=)
Subscribe to:
Posts (Atom)