
1- Sekeping kain untuk bahagian belakang. Lekatkan selotip untuk memudahkan kerja dan tepat.

2- Lapikkan fiber diatasnya. Potong fiber berukuran sama dengan kain belakang. Pastikan bahagian betul dibawah.

3- Spraykan fiber tersebut mengunakan fabric gum seperti diatas.

4- Lapik dengan kain lagi dimana bahagian betul diatas. Lurutkan agar tiada kedut-kedut. Kemudian pinkan setiap bahagian agar kain tidak lari semasa menjahit nanti.
5- Anda boleh jahit bahagian atas mengikut kesukaan masing-masing. Samaada jahit petak2 mahupun segitiga. Saya buat jahitan 'crazy quilting'.
6- Potong lebihan agar semua bahagian sama.

7- Potong kain untuk dibuat binding. Saiz lebar 2". Mungkin anda boleh pilih untuk lebarkan lagi. Sambungkan kain tersebut seperti rajah.

8- Jahit ikut 45 darjah seperti diatas.

9- Kemudian potong tinggalkan basi 1/4". Ada pelbagai cara membuat sambungan. Saya pilih begini kerana lebih cepat dan jimat kain.


10- Beginilah rupa sambungan tadi depan dan belakang.

11- Lipat dua kain binding tadi kemudian mulakan seperti rajah untuk mulakan sambungan pada comforter tersebut.

12- Pada bucu kain lakukan seperti rajah untuk menyambungkan jahitan.


(rupa sambungan di bahagian depannya)
13- Lebihkan kain pada penghujung jahitan tadi untuk menamatkan sambungan.

14- Sekarang bahagian terakhir iaitu jahit sembat sembunyi dibahagian belakang. Saya menggunkan benang khas quilt ini kerana lebih kuat.

15- Beginilah sambungan binding tadi. Makan masa sikit sebab jahit tangan kan...pastikan jahit sembat anda tu kecil2 supaya lebih cantik dan kemas.

Tak faham? Jangan malu-malu untuk bertanya......so apa lagi buat lah satu untuk yang tersayang!